katsana

July 26, 2018

Senarai Panggilan Semula Beg Udara TAKATA

‹ Back to article list
katsana

Selain beg udara TAKATA bagi kenderaan jenama Honda, jenama seperti Toyota, BMW, Subaru, Mazda, Nissan, Mitsubishi serta Lexus mungkin juga terkesan.

Adakah kereta anda antara model yang terlibat?

Kami amat menyarankan agar anda menyemak sama ada kenderaan anda perlu menjalani proses penukaran beg udara.

Kemungkinan anda tidak dimaklumkan oleh ‘Pengeluar Kenderaan’ secara terus jika kereta anda dibeli daripada sahabat atau wakil jualan kenderaan terpakai.

Kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga serta rakan-rakan anda demi kesejahteraan bersama. Setakat ini, jumlah kematian yang diakibatkan oleh komplikasi dari kegagalan beg udara TAKATA sudah mencecah 23 orang di seluruh dunia.

Berikut adalah senarai semakan panggilan semula beg udara TAKATA mengikut jenama kenderaan:

  1. HONDA : https://productrecall.honda.com.my/
  2. TOYOTA : https://toyota.com.my/aftersales-…/special-service-campaigns
  3. BMW : https://www.bmw.com.my/en/topics/bmw-owners/takataairbagtechnicalcampaign.html
  4. SUBARU : http://sites.subaru.asia/my/en/owners/aftersales/?pg=recall
  5. MAZDA : https://mazda.com.my/Community/takata-announcement.aspx?check=community
  6. NISSAN : http://servicecampaign.nissan.com.my/
  7. MITSUBISHI : http://mitsubishi-motors.com.my/mmm-takata-airbag-recall-lancer
  8. LEXUS : 1-800-88-53987 atau layari www.lexus.com.my

Di Malaysia sahaja, masih ada 71,326 unit kenderaan Honda yang belum menjalani proses penukaran beg udara TAKATA.

Punca kematian adalah disebabkan impak dari cebisan-cebisan dari beg udara TAKATA yang terkena pada badan mangsa.

Kementerian Pengangkutan telah memaklumkan bahawa kenderaan yang terlibat tidak akan dapat memperbaharui cukai jalan sebagai inisiatif tambahan untuk mengelakkan kemalangan jiwa daripada berterusan.

Namun, KATSANA amat menggalakkan agar anda melakukan semakan dan tidak menunggu tempoh memperbaharui cukai jalan.