katsana

October 22, 2017

Harian Metro: MPV hilang ditemui di KLIA

‹ Back to article list
katsana

KATSANA telah berjaya mengesan sebuah MPV Vellfire yang dicuri dari kediaman pelanggan pada 21 Oktober 2017, Sabtu. Berikut adalah keratan akhbar dari Harian Metro berkenaan kejadian tersebut.

Selepas hampir empat jam dilaporkan hilang, kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire milik seorang lelaki ditemui semula di kawasan letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.

Pemiliknya melaporkan MPV itu yang diletakkan di hadapan rumahnya di Kota Damansara, di sini, hilang jam 5 pagi.

Menurut sumber, mangsa mengesan lokasi kenderaannya diletakkan di kawasan letak kereta KLIA melalui Sistem Kedudukan Global (GPS).

“Sebaik menerima maklumat, polis menghubungi bilik gerakan KLIA bagi memaklumkan lokasi kenderaan itu jam 8 pagi.

“Hasil pemeriksaan di kawasan tempat letak kereta itu, anggota bertugas menemui semula MPV mangsa jam 8.56 pagi,” katanya.

Sumber berkata, kenderaan itu ditemui di blok tempat letak kereta di kawasan terbabit dengan keadaan enjin masih panas.

“Bagaimanapun, tiada suspek ditemui di lokasi kejadian.

“Anggota bertugas memaklumkan kepada mangsa berhubung penemuan kenderaan itu,” katanya.