Bisnes kereta sewa semakin “boom” di Malaysia. Mungkin kerana wujudnya market baru seperti pemandu grab, atau semakin ramai warga belia yang pindah ke bandar dan tidak mahu di bebankan dengan hutang kereta. Mungkin juga kerana lebih ramai yang memilih untuk menyewa kereta yang lebih selesa untuk pergi bercuti.

Dengan bertambahnya pengusaha kereta sewa yang semakin ‘high-tech’ seperti Moovby, Klezcar, SoCar dan GoCar, bagaimana anda sebagai pengusaha kereta sewa baru dengan modal minima dapat bersaing?

KATSANA kongsikan tips-tips yang kami kumpul dari pelanggan-pelanggan kami dari sektor bisnes kereta sewa, khas buat anda.

 

1. Mesra Pelanggan

 

 

‘Relationship’ yang baik dengan pelanggan adalah taktik marketing terbaik. Apabila pelanggan berpuas hati dengan servis anda, mereka akan kembali menggunakan servis anda, dan pada masa yang sama mengesyorkan anda kepada rakan-rakan mereka.

Majoriti pelanggan masih lagi lebih gemar berurusan secara ‘one-to-one’ kerana lebih mesra atau kerana sudah biasa begitu. Terutamanya pengalaman menyewa kereta menggunakan ‘platform’ atau aplikasi pada peringkat awal agak rumit, maka ramai lebih selesa dengan cara biasa.

Tapi jika pengalaman berurusan dengan bisnes anda tidak mesra atau hambar, pelanggan yang pernah berurusan dengan anda akan buat pilihan berdasarkan kos sewa semata-mata kerana pengalaman menggunakan servis anda tidak ‘memorable’.

2. Loyalty program

Kos dan usaha marketing untuk mendapatkan pelanggan baru memang mencabar. TAPI lagi rugi jika anda gagal menjadikan pelanggan kembali menggunakan servis anda.

Kebanyakan kereta sewa menawarkan kadar harga yang kompetitif atau lebih kurang sama. Jadi, penyewa akan sentiasa pergi ke pilihan yang paling mudah (baca: mana-mana iklan yang keluar dahulu, atau paling dekat di rumah).

Namun jika ada faktor yang menarik penyewa untuk ‘mengumpul jumlah sewaan’ daripada satu syarikat sewa tertentu, itu lebih efektif dan mudah berbanding mencari pelanggan baru.

Wujudkan ‘Loyalty program’ bagi memastikan segala usaha ‘marketing’ untuk mendapat pelanggan baru terus berkembang ke ‘retention strategy’ bertujuan menjadikan pelanggan sedia ada sebagai penyewa yang kerap.

Insentif ‘loyalty’ untuk diberi terpulang bagi anda, tujuan utamanya di sini adalah supaya pelanggan yang kerap menyewa tidak menukar-menukar pilihan setiap kali menyewa.

 

 

3. Kenal Pasti Niche/Lubuk yang anda yakin

Pelanggan menyewa kereta atas pelbagai sebab. Ada yang mahu bawa kereta mewah ke mesyuarat, atau bersiar-siar dengan keluarga dengan kereta selesa; Ada juga yang ingin sewa pada jangka masa panjang untuk bawa Grab.

Apa yang penting sebagai ‘pembekal kereta’ adalah memastikan pakej, harga, pilihan model, dan mesej anda betul-betul menyelesaikan masalah niche yang anda pilih. Jika anda fokus pada niche tertentu, ia lebih mudah untuk anda rangka strategi mengembangkan pasaran, atau ‘bundle-kan’ pakej yang relevan.

Contoh 1: Misalnya pada musim cuti sekolah atau raya, ‘UP-kan’ iklan kereta-kereta saiz besar dan mesra keluaga. Refer-kan pelanggan ke pakej-pakej percutian. Anda juga boleh ‘kawtim’ dengan Travel agency untuk sediakan kenderaan. Bina sebuah ekosistem bersama-sama dengan pengusaha lain supaya pelanggan anda juga menjadi pelanggan rakan anda, serta sebaliknya.

Contoh 2:  Sediakan Pickup kereta sewa di tempat-tempat yang dianggap sebagai ‘hotspot’ bagi pelanggan. Sebagai contoh, sediakan kereta sewa berdekatan dengan hotel untuk memudahkan pelancong untuk menyewa kereta anda. Atau jika ‘target market’ anda pelajar universiti, sediakan pickup di sekitar kawasan kampus.

Contoh 3: Bagi model kereta sewa yang kerap di sewa keluarga untuk perjalanan jarak jauh, anda boleh sediakan pakej ‘Add-on’ sebagai margin tambahan.  Misalnya ‘Add-On’ Baby car seat bagi penyewa yang berkeluarga.

 

 

4. Dapatkan Reviews di Social Media

 

 

‘Social Proof’ adalah penting bagi perniagaan yang menawarkan servis. Untuk pelanggan baru, menggunakan servis dari ‘tauke’ baru, ia merupakan ‘leap of faith’. Ia berdasarkan ‘impression’ yang anda berikan kepada pelanggan: “Boleh percaya ke bisnes ni? Tak berani lah. Baik cuba sewa dari syarikat yang popular. Selamat sikit…”

Facebook page reviews memudahkan pelanggan baru untuk percaya pada bisnes anda. Anda tak perlukan beratus-ratus review 5 Bintang untuk menangi hati pelanggan. Marketing yang terbaik adalah dari pelanggan anda, dan tak semestinya statement yang datang dari anda sendiri. Testimoni dari pelanggan memudahkan proses membina kepercayaan dari pelanggan untuk hubungi anda.

Di samping ‘Reviews’, dapatkan juga izin untuk sesi bergambar bersama pelanggan bagi membina portfolio pelanggan bersama servis anda bagi mempamerkan imej yang lebih mesra bagi bisnes kereta sewa anda.

 

Nota tambahan: Promosi Khas KATSANA untuk tauke Car rental. Terhad bagi 500 installation pertama. Ketahui lokasi kereta sewa anda 24/7, cegah kecurian dan kes kecuaian memandu dengan KATSANA. Ketahui lebih lanjut.

Sales: +60137733014